KePaLa BeRaT BaDaN RiNgAN.....DeMaM!!!!...

Thursday, December 31, 2009

Salammm semua...

Aku  Demammm!!!!..:(








***...layan lagu oldies plak ek..sesuai dgn keadaan aku skg nie yg tgh tak berapa nak sihat...:(

-CuCi MaTa & MaLaM MeSrA 1 MaLaYsIA.....

Sunday, December 27, 2009



haiii everybadiehhh!!!...



alhamdullillah.....my son Muiz dah baik dari demam....syukur segalanya dalam keadaan baik...n lps jer dia dah baik...me n my hubby bawaklah dia ngan his bro jalan2 cuci mata kat area Jeddah nieh.....actually arituh nak pegi tgk Laut Merah n jalan2 sekitar pantai...konon nak tengok sunset larr but my hubby tersilap jalan larr pulakk......sampai2 jerk dah gelap...n angin pon agak kuat....so kitarang tak singgah pon just pusing2 jer....after that singgah sekejap kat Manarat..bazaar yang agak famous jugak kat area Jeddah...beli sandal Muiz n coklat kat hero2 aku tueh....here some of the pics....


downtown Jeddah waktu malam


my heroes happy faces @ Manarat Bazaar



lps beli coklat @ Al-Nukaly, femes coklat brand kat arab nieh...


and esoknya on 25th of Dec 09...Consulate Jeneral of Malaysia ada organize one event called Malam Mesra 1 Malaysia n at the same time also farewell to Dato' Ghazali, high level officer from International Development Bank (IDB).....ramai gak yang dtang like Kelab Malaysia Jeddah (KMJ), Nurses, Malaysian's Students, Pramugari-pramugari (FA) from Al-Wafeer Air & ramai lagi....time cenggini jer lah kan all Malaysians can berkumpul n berjumpa.....makan2....sesi fotografi...karaoke....n majlis pon habis sekitar dalam kul 12 camtue....

our Consulate Jeneral Malaysia, Jeddah


Dato' Ghaz tgh bagi ucapan...byk btul amanat dia...time nie mata aku mengantok n
perut tgh lapar....hehehe..:p



Pegawai-pegawai & Isteri Diplomat Malaysia


okehhh.....cam besa...kiter jumpa lagii...daaaaa....



***hehehe.....i'm sooo.. happy....got my new baby...Nokia N97 mini...i called it 'kiastrawberi'...dah lama dah pakai my LG tueh...dkt 3 tahun jugak...still elok lagik...aku takkan jual or trade in ker aper...saja simpan buat koleksi...leh tukar2...:P

















Demam..

Monday, December 21, 2009

haiii..

hrrmmm...dah masuk hari ke-3 my son...si kecik muiz tu demam....2 kali jugaklarr aku telepon mak aku yang kat Malaysia tueh.....mintak bagi semangat skett....dah larr aku sorang2 kat sini...time anak demam camnie...kalau ada orang tua pandailah jugak tengokkan apa yang patut kan....even dah anak kedua tapi nie 1st time aku berjauhan ngan family...masa yg 1st tueh si amir....tak risau sangattt...tak tau per2 jer balik umah mak aku.....skg nie pandai2 sendiri larrr...tapi nasib baik my hubby banyak tolong.....tolong jaga si muiz tu sama...bangun subuh buatkan susu bila aku dah tak larat....thank u so much yanggg....:)



".....muiz....anak mama....mama doakan anak mama cepat sihat yer....nanti mama ngan abah bawak pegi jalan-jalan...."


insyaAllah harap2 esok dah ada perubahan sket...aku bukan leh tgk anak tak nak makan nieh....tak tau nak buat camner...apa pon tak nak...susu lagilah tak nak...last2 bagi air jus jer lahhh...itu jer laa yang dia nak minum pon......bila si muiz tu tidur.....bukak lah kejap fb tueh...gelak ngan kawan2.....hilang lahh sikit kerisauan nieh.....


got a few event before n after this...nnti aku citer laa ek.....nak update blog nie jap pastu nak tido....esok nak bangun awal pagi dah.....penatt but happy....like my quote says...."just be happy, success will find its way to you..."

ok..daaaaa....



***tenanglah hati nie...

LEMAUUU...!!!

Friday, December 11, 2009


Hai....

Lemau????...thanks to someone yg bgitau maknanyer kat aku...hehe...so rasanyer itewlarr yang aku rasa skg nieh....dah lama aku tak post something kat blog aku...not much activities going on around here...so nothing nak story....hehhe..lagipun... musim haji baru jer habis kat sini..so kat sini tk berapa nak hectic lagi...calm & quiet jerk...but after this....after New Year...will start balik segala bagai visit from VIP's...events n mcm2 lagik...malassss.....lotihh....boringgg....but I have to...no choice...:(


My FB???..hahha..aku tengah cuti FB skg nieh...cam aper lak kan...ader cuti2.....hhahaa!!....actually bukan per pon......nak adjust balik schedule aku ngan anak2....ngn husband....tak paham???..takper...biar aku jer paham...hehehe.... takder mood...nak relaxkan skit kepala aku yang tengah pikir macam2 skg nieh....responsible banyak & besarrr....tambah pulak dengan kerinduan yang kejap2 dtg...kejap2 ilanggg...nguji kesabaran tul....

errmmm...ader something yang aku terpaksa cakap kepada seseorang demi kebaikan seseorang......tak sanggup & tak sampai hati...cos benda tew bukan dari aku pon...but....its just a small matter nwy....dah settle dah pon.....thanks to seseorang itew...


***finish up reading novels...'Not without My Sisters'...its a true story....the no. 1 Sunday Times bestseller...best!!


***tingat kata2 one of my frens...."kak lina nieh sejak ada fb.....makin menjadi2 kejahatan dier"....hahahhaha!!!!...ayat jahat yang aku suka tueh..well....u're facing with the book kan...not person...hehe...mulut yo bisingg...hati baik....abes....dh my nature suka jokes...laugh...n...laugh....hehehe...

***jauh2 pon aku vote tuk someone tuh....'vote'...sendirik paham lerrr...kalo dpt..igt balik nak claimed larrr....hahaha...yo larr sangatt...:)

***naper aku pasang lagu joget??...sajerr....nak feel suasana Malaysia...poyoss jer kan...hheheh:)

Selamat Hari Raya Haji & Pengertian Korban..

Thursday, November 26, 2009

ESOK umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Korban. Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Berkorban (dalam istilah fekah disebut udhiyah) adalah menyembelih binatang ternak pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad SAW.


Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyebelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya (hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi). Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban) dan pada hari Kiamat kelak, korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang berkorban akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.

***Hari raya haji tahun nie aku hanya beraya bersama 2 orang anak aku...hubby takder sbb pergi menunaikan ibadah haji...insyaAllah..lina doakan segalanya yang terbaik untuk abang sepanjang abang berada di sana...semoga memperoleh haji yang mabrur...amin..

***SELAMAT HARI RAYA HAJI KEPADA SEMUA..

Amir dah 4 tahun...

Tuesday, November 24, 2009

Besar dah anak mama....:)




semalam...23 Nov 2009...adalah tarikh lahir anak sulung aku Muhammad Amir Syafiq Bin Mohd Azzaiyadi yang ke 4 tahun...nama penuh lagik...hehehe...we all tak celebrate kat mana2 pon...just celebrate kat rumah jerk...just me n hubby n muiz si kecik tu jerk yang nyanyi lagu untuk dia...cian kitarang kan...hehhee!!!...kalau kat KL tueh....ramai jer yang ada..tok, tokwan, pakngah, paklang, paksu.....ramai lagiklah yang ada....tp dah kat sini...our small family jer lah...neway...thats our sweet memory for him....siap ader khemah lagik kat background tueh...hehehe!!!.....nak pasang jugakk katanyer...pic?...aku just tepekkan vid jer...pics yang lain2 tue ader kat fb aku...maleh lak nak upload kat sini...slow lak internet nieh...

k larrr...cam besa...nanti aku story lagik...

Pancaindera @ Utusan

Sunday, November 22, 2009

DI RUANGAN 'ARTIS JAWAB' PANCAINDERA
(AHAD, 22/11/2009)

Credit to Waniey

Nubhan kasihan wanita

Assalamualaikum.
Saya salah seorang peminat Nubhan. Saya ada beberapa soalan untuk anda.
1. Apa perancangan dalam bidang nyanyian mahupun lakonan?
2. Ada sesetengah kawan saya mengatakan Nubhan dulu jejaka lembut. Saya tak percaya tapi nak dapatkan pengesahan daripada Nubhan sendiri.

* Biarlah Rahsia, Selangor.


NUBHAN

1. Nubhan masih lagi terlibat dalam beberapa persembahan pentas selain masih lagi menunggu album sulung yang akan menemui peminat tidak lama lagi.


2. Hahaha... Masa bila pula kegiatan tersebut berlaku. Tak pernah pun Nubhan terlibat dalam perkara tersebut. Kasihan pada wanita memandangkan lelaki sudah semakin kurang. Hahaha.


Album baru bulan hadapan


Assalamualaikum. Saya mula mengikuti kerjaya seni Nubhan sejak menonton Akademi Fantasia.

1. Bagaimana cara untuk peminat berhubung dengan Nubhan secara lebih dekat?
2. Bilakah album pertama Nubhan akan dipasarkan?
3. Antara lagu-lagu nyanyian Nubhan, mana satukah yang paling Nubhan sukai?

* Amnani Farhanah,
Shah Alam, Selango

NUBHAN

1. Kalau nak mengetahui mengenai Nubhan dengan lebih dekat awak boleh layari di www.nubhanfc.forumotion.com, nubhan-cayalah.blogspot.com, Facebook-nubh07@yahoo.com, YM-nubhabc@yahoo.com.my.


2. Jika mengikut perancangan dalam bulan Disember ini sudah berada di pasaran. Jadi kepada peminat harap dapatkan yang original ya.
3. Banyak sebenarnya. Antara lagu yang paling Nubhan suka termasuklah Ada Untukmu dan single yang terdapat dalam album terbaru nanti iaitu Aku Atau Dia.

Punyai ramai kawan baik

Assalamualaikum Nubhan.

Saya amat meminati Nubhan dan di sini saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada Nubhan.

1. Selain menyanyi, Nubhan juga telah menunjukkan bakat Nubhan dalam berlakon drama dan iklan. Jadi, apakah pandangan Nubhan mengenai lakonan Nubhan setakat ini?

2. Siapakah kawan baik Nubhan sekarang?
3. Ringkaskan karakter Nubhan dalam satu perkataan.

* Nurul Natasha, Selangor.


NUBHAN


1. Secara jujurnya Nubhan lebih meminati bidang nyanyian. Lakonan itu kalau ada masa terluang dan Nubhan sendiri sedar bahawa lakonan Nubhan masih perlu banyak diperbaiki. Baru-baru ini juga Nubhan dapat tawaran berlakon dan akan menjalani penggambaran pada awal tahun 2010 nanti. Nantikan ya.


2. Nubhan memang mempunyai ramai kawan baik antaranya Faizal AF6, Toi dan ramai lagi.


3. Sempoi!


Selit sebuah lagu Cina

Hai Nubhan, apa khabar? Harap sihat sentiasa dan dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.

1. Tidak minat berlakon dalam mana- mana filem? Ada dapat tawaran mana- mana?
2. Apa rahsia Nubhan menghayati sesebuah lagu dengan penuh perasaan?
3. Pernah terfikir untuk berduet dengan artis Cina di Malaysia untuk sesebuah lagu, inikan dapat merealisasikan konsep 1Malaysia dalam industri muzik negara.

* Haruto, Rawang, Selangor.

NUBHAN

1. Nubhan ada berlakon dalam filem romantik yang akan ditayangkan pada 2010 nanti dan Januari nanti Nubhan akan mula berlakon dalam satu telefilem. Jangan lupa tonton ya.


2. Sebenarnya untuk menghayati lagu bukanlah satu perkara yang mudah. Kena faham lirik dan meletakkan diri dalam situasi tersebut. Itu pasti akan membuatkan Nubhan lebih menghayati setiap baris lirik.

3. Dalam album baru nanti Nubhan ada menyanyikan sebuah lagu Cina. Untuk berduet dengan penyanyi Cina tu mungkin belum masanya kot. Tapi kalau ada yang sudi apa salahnya.


Buat seikhlas hati

Assalamualaikum Nubhan. Saya merupakan peminat setia anda sejak dahulu lagi dan berharap anda sudi menjawab soalan saya.


1. Adakah anda membuat pilihan yang tepat dengan menjadi seorang penyanyi?
2. Apakah yang perlu anda lakukan selain menghiburkan peminat anda supaya mereka dapat menjadikan anda idola atau ikon mereka?

3. Jika anda telah bertemu dengan wanita pilihan yang mempunyai ciri-ciri kesukaan anda, tanpa si dia mengetahuinya, gambarkan kelakuan atau sikap anda bila berdepan dengannya?

* Azlina Zaini (Lina)
Jeddah, Arab Saudi

NUBHAN

1. Menjadi penyanyi memang minat saya sejak kecil. Kalau kita buat sesuatu perkara atas dasar minat, Nubhan rasa itu merupakan perkara yang yang paling tepat dan lagi penting jika ditambah dengan keikhlasan hati kita. Capai apa sahaja yang anda impikan.


2. Apa perkara yang kita lakukan perlulah disertakan dengan hati yang ikhlas. Selain itu menjaga penampilan dan imej yang baik juga amat penting dalam membina karier supaya menjadi ikutan.


3. Susah nak jawab soalan anda ni. Hahaha. Paling penting tunjuk gaya gentleman, sering bertanya khabar dan kelakar.


Stacy hanya kawan biasa

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Nubhan kerana tersenarai dalam Top 5 di Semifinal Muzik Muzik.

1. Benarkah hubungan Nubhan dan Stacy sudah renggang seperti yang diperkatakan?
2. Apakah pengalaman pahit dan manis Nubhan sepanjang bergelar anak seni?

* Akira,
Seremban, Negeri Sembilan.

NUBHAN

1. Nubhan dan Stacy hanya kawan dan tak lebih daripada itu. Jadi tak ada makna hubungan kami renggang memandangkan kami hanya kawan biasa sahaja.


2. Banyak pengalaman yang Nubhan kutip sepanjang perjalanan ini. Ada kalanya Nubhan rasa seperti mahu berhenti daripada menyanyi. Tapi yang manis apabila Nubhan dapat membantu keluarga.


Cari wanita penyayang

Hai Nubhan saya amat meminati Nubhan dari Akademi Fantasia lagi. Sebagai peminat saya sentiasa
mengharapkan yang terbaik untuk Nubhan.

1. Apakah ciri-ciri wanita idaman Nubhan?
2. Nubhan tak teringinkah menceburi bidang lain seperti mengacara?

* NURNADIAH, Batu Pahat, Johor.

NUBHAN

1. Nubhan suka wanita yang penyayang, manja, pandai memasak dan hormat orang tua.

2. Kalau boleh semua bidang Nubhan nak sertai. Tapi biarlah Nubhan memberikan tumpuan yang lebih kepada bidang nyanyian barulah Nubhan memikirkan bidang yang lain.


Nilai Sebuah Persahabatan...

Saturday, November 21, 2009



NILAI SEBUAH PERSAHABATAN
....mmmm????......aku sendiri pun tak tau...apakah nilai sebuah persahabatan?....bila sahabat kita berduit...baru kita pun muncul ker.....tapi bila sahabat kita tak berduit...dia susah...kita pun hilang.....atau cukupkah dengan hanya dia tunjuk pada kita yang dia caring...kita akan kekal bersahabat dengan dia....ntah???......tapi aku pasti semua orang memerlukan sahabat...tapi sahabat yang macammana?...kadang-kadang sahabat kita dah buat yang terbaik untuk kita...dia ambil berat...dia ingat tarikh besday kita....pergi mana2 dia ingat pada kita.... belikan hadiah....dia wish something nice bila kita feeling down....dia happy bila kita bagitau berita gembira...dia mengadu pada kita bila dia juga ada masalah....tapi ada ker masa kita untuk
dia??...

PEDULIKAH KITA.... kalau dia kata dia tak harapkan balasan???....walaupun sebenarnya dia cuma harapkan kita sms atau call n just say.."apa khabar?"...a simple word tapi memberi pelbagai makna....atau bila kita berjanji nak jumpa dengan dia.....tapi janji hanya tinggal janji....dan dia tunggu panggilan dari kita semalaman...tapi sehingga hari esoknya pun kita tak call2 bagitau.. "sorry, tak dapat datang sbb...."...berat sangatkah perkataan "sorry" tu...???...tak terfikirkah kita bagaimana perasaan dia???...

mungkin dia tak pernah nak berkira dengan kita...baik dari segi kewangan, masa, atau apa2 saja.....kerana dia juga terkenangkan budi baik kita dan dia pegang budi baik itu demi sebuah persahabatan....tapi kenapa kita pula yang berkira dengan dia???....kenapa kita buat dia terasa seperti tak diperlukan??....masih ada kekurangan lagikah pada dia yang menyebabkan kita buat begitu...kenapa???....kerana kita rasa yang kita lagi sempurna berbanding dia???....

Bagi aku...aku pernah ada bestfriend....yang aku panggil sahabat...tapi sekarang tidak lagi....aku hanya ada kawan2....kawan2 yang tidaklah terlalu rapat dengan aku...biasa saja...yang tidak tahu latar belakang aku....yang tidak mengenali keluarga ku....yang tidak tahu kisah aku....tapi merekalah yang masih berhubung dengan aku.....aku happy dengan persahabatan yang begitu....kerana mungkin aku masih serik dengan istilah "Sahabat"...

aku duduk jauh di tempat orang...jauh dari kawan2...jauh dari keluarga...buatkan aku lebih menghargai apa saja yang berada disekeliling aku....aku selalu cakap pada diri aku....tak rugi jika hanya kita mengingati kawan2 kita.....walaupun belum tentu mereka akan ingat pada kita....tapi setidak-tidaknya.....mereka yang kita panggil kawan2lah yang akan sedekahkan Al-fatihah atau bacakan surah Yassin bila kita dah tiada di dunia nie nanti....insyaAllah....

Renungkanlah....kepada kawan2 yang mengenali diri ku...aku juga punya kelemahan...dan aku pohon sepuluh jari kemaafan dengan setiap kelemahan itu...

minat tengok jerr...:)

Thursday, November 19, 2009




Theatrical Release: Nov 20, 2009, wide
pic from http://images.rottentomatoes.com/


haiii...alllzzzzzz....

Just nak share minat aku selain dari NUBHAN tue...lagu sedap, attitude pun bagus...hormat orang tua..salam cium tangan tue...baik orangnyer...promote lagik nieh...kiter kenalah support our local artist kan....hehehe!!!...isshhh..back to the topic.. actually ader benda yang aku minat jugak...must be wondering aper hal larr plak aku buh gambar mamat
mat saleh nie kan... his name is ROB PATTINSON...aku minat giler tgk dier berlakon...lebih2 lagi tang mata dier tuh...menusuk ke kalbuku...cehhh!!!..hehehehe....kalo saper tgk movie TWILIGHT, taulah mamat nie...n sbb aku tgk banyak kali citer twilight nie sbb ader mamat nie lahh...luper lak..1st time masa dia berlakon dalam
HARRY POTTER...hehehee...boleyy???...cant wait to see his act in TWILIGHT SAGA: NEW MOON (2009)..tapi tgk DVD jer larrr...kat Arab nie cinema pon takder....komann...hehehehe... my hubby???...dia tak kisah...dia pun tau..takkan dapek punyerrr...hahahaha..no lahh...his sporting..




n the 2nd thing yang aku paling minat...jeng...jeng..jeng...



nie haaa...HONDA CRV 2WD-LX...aku minat gilerrr ngan keta nieh...maybe bagi orang lain keta tu tak seberapa...org lain maybe mampu tapi aku lum boleh lagik..tapi berangan-angan tak salah kan?... biler larr leh dapek bawakk...kalo setakat test drive tu aku tak nak...hahahah!!!...nak beli ngan duit yang aku kumpul....baru puasss....ghasonyer aku dekat nak pencen kot baru dapat....hahhaha!!!tapi mana tau kan...insyaAllah...kalau ada rezeki tue nanti...adalah....Amin...orang kata berangan dulu baru tercapai impian...heheheh!!!...

oklarr...aku pon dah tak tau nak cakap per dah...tgh boring sebenarnya...so aku post jerlah apa2 jer.....wlpn isinyer ntah apa2....hahahaha!!!...yang ponting aku jujur & ikhlas mengatakannya dari fikiran & isi hati aku nieh.....lagipun blog nie aku yang punyer kan!!...
ok larrr...see ya'll in the next post..

My son...amir...his 1st day to school...

Sunday, November 15, 2009


haiiii...


Nak citer about my son, amir, coming 23rd nov 09 nie will be 4 years old dah start sekolah....actually my son dah 2 weeks dah pegi sek...tapi aku lambek sikit nak story kat sini...skg baru rajin...hahahah...n nama sekolah tu Jeddah International City School....awal pagi tu berkobar-kobar bangun pagi bersiap nak pegi s
eekolah...aku pon tak jaga lagi dari tidur, dia dah bangun kejutkan aku...hehehe...pastu bergambar jap...sempat lagik tue...n yang lawaknyer abah dia pulak cam sedey ala2 terharu tgk anak dia pakai baju sekolah....apalah hubby aku nie...org seronok tgk dia sedey plak....tapi aku paham...yerlah anak sulung dia yang dari kecik dok manja2 tu dah besar dah....jiwang hubby aku nieh!...

nak story sikit...kat sini budak2 digalakkan sek awal....seawal 3/4 tahun....kalau kat Malaysia dalam umur 5 tahun camtu kot rasanya....kalau tak silap lah...but bagus jugak untuk dia....bagi dia pendedahan awal sikit....hehehee....bila tgk dia pakai baju sekolah on his first day.....terdetik dalam hati...dah besar dah anak aku rupanyer.....hehhehe...so tinggallah si Muiz tu ngan aku....takder member nak bergusti....cian....n startlah my new routine....prepare dia nak ke sekolah n jadik cikgu kat umah....ajar anak aku buat kerja sekolah...hahahhaha!!!...garang aku nieh...leh ker jadik cikgu????...hehehehe...

oklah...nanti aku story lagik...


GOOD LUCK NUBHAN!!

Saturday, November 14, 2009

Haiii...just a short post...

wanna wish GOOD LUCK & ALL THE BEST to NUBHAN for Separuh Akhir Muzik-Muzik 24 with the song:

SEADANYA AKU
Composer: Sharon Paul
Lyrics: Azalea

***sedey...tak dapek poie....tgk kat utube or tv3 jer larr....


Temasya ghaya nubhan & nubies...

Friday, November 13, 2009

Hari Jumaat, 13 Nov 2009, 4:35 petang (Waktu Malaysia: 9:35 mlm)


Haiii aalllllzzzzzzzzzzzz....
fuhhh...banyak gilerr nak story....nie semua gara2 aku yang malas nak update blog aku nieh...so, aku himpun segala citer yang nak diceritakan...hahahaha....boley??? Dah abis sebulan cuti aku di Malaysia...so ketika ini aku dah berada kat Jeddah, Arab Saudi....urrmmm.....jalani rutin cam biasa balik....but apapun...aku totap balik ghayo tahun dopan...hahhaha....hubby dah janji....tapi tulah nak tunggu lagi 1 tahun...adoiyaii...lamonyo ghaso...nak buek camno....chaiyok!chaiyok!...


short story....ghaya ari tue banyak tompek jugak yang aku ngan family pergi...nie list2 tompek yang aku poie sepanjang sebulan aku cuti ari tue....kalo dok kat Malaysia dulu lum tentu lagi aku poie....hahahhaha!!!!

1. beraya kat rumah maklong aku kat Kedah
2. Makan pasembor kat Padang Kota, Penang
3. makan chicken chop kat Lumut, Perak
4. poie zoo taiping
5. poie bawak anak2 aku tgk ikan kat Aquaria Suria KLCC
6. poie makan kat Menara Kuala Lumpur
7. poie uptown Danau Kota
8. shopping n shopping....haaa...wajib!

seingat aku tu jerlah kot....dlm sebulan lebih tue aku turun naik dari utara-selatan....syok2 ambik pic banyak2.....lastttttttttt.....anak aku si amir tue boleh pegi delete semua gambar2 tu....tak sompek nak save.....hanggginnnnn!!!!!...

and pada 12hb Okt 2009...a day before aku balik Jeddah...sempat gak aku poie gathering ghaya Nubhan & Nubies kat Taman Pertanian Cahaya...atau singkatannya Bukit Cerakah kat Shah Alam....and tema pada tahun nie ala-ala suasana kampung....kena pakai baju kurung kedah ngan kain batik....best!!!!.....kat situ dapat kenal ramai nubies2 yang aku tak pernah kenal sebelum nie....semuanya ramah2....


pemandangan dari dapur...

ajk nfc
harney, tira, e'zham, ehsan & kikey


me & kikey

me & nubhan

got a few more pic lagik but in my fb...hehhehe...and esoknyer...my flight to jeddah kul 3 petang....so, puas jugaklah cuti sebulan kat Malaysia nie...dapat kenal kawan2 baru n spend my time with my sanak sedara semua....

oklah...cukup setakat nie...nanti aku citer lagi....

*** mmg ketinggalan keretapi tullah aku nieh....orang lain semua dah ada fb...aku baru nak ader...tu pun lepas disuruh oleh member2 nfc aku....so...meraba jugaklah nak buat...at last jadik....hehehhe...

***tarikh hari nie..13/11/2009...member2 aku kat nfc ngan nubies2 poie ramai2 kat Sri Pentas, TV3...support Nubhan kat semifinal Muzik-Muzik....uhukuhuk...aku tak dapek poie...support dari jauh jer lah....



SELAMAT HARI RAYA

Friday, September 18, 2009

Hari Sabtu, 19/9/2009 Waktu Malaysia 2:48 pagi (Waktu Jeddah: 9:48 mlm)

Yippppeeeeeee!!!!...Sebenarnyer aku dah berada di Malaysia sekarang nie....kalau tak aku akan balik pada 16/9/2009...tetapi Alhamdullillah pada 4/9/2009, aku dapat menjejakkan kaki ku kat Malaysia bertuah nie pada tarikh tersebut...cuma yang sadnyer...hanya aku ngan 2 orang hero kesayangan aku jer yang dapat balik...hubby kena stay kat sana...lepas raya ke-5 baru dier balik Malaysia...semuanyer gara-gara delegasi Agong nak ke sana...so kenalah tangguh sbb tugas...
***tarikh & hari aku sampai di Malaysia..


and pada hari ini...19/9/2009 (Sabtu) adalah hari lahir ke-1 tahun my lovely son..Muhammad Muizzuddin B. Mohd Azzaiyadi....tarikh tu jugak aku, my 2 boys n my mother akan balik ke kampung kat Kedah untuk sambut raya tahun nie...kirenyer celebrate dalam perjalanan larr tue...maybe kat kampung leh lah beli kek sambut besday si Muiz tue...hehehe...n abah dia ader antar sms to Muiz....suh aku bacakan kat Muiz...so sweeett....itupun kalau si Muiz tu leh paham...hehehe...

***nie sms abah antar special untuk Muiz...

"Abah ucapkan selamat hari jadi pertama pada moet yang abah sayang. Semoga moet besar jadi orang yang baik-baik. Abah luv mama, abang amet dan moet.."


***konon...masa kt Jeddah tu dok buat list apa nak makan...tapi biler dah sampai Malaysia satu pun takder yang aku nak sangattt....ttp carik sambal belacan, ikan sembilang masak sambal..sedappp!!!

***dah pergi bazaar ramadhan...sukerr!!!

***dah pergi uptown Danau Kota....tapi adoiyaiiii...cam sardin....susah gilerrr nak jalan...last2 tak beli apapun...tapau roti canai....kenyanggg!!!..wakaka!!!

***berbuka puasa ngan AJK Nubhan FC....dapat jumper YB, Kikey, Edna, Tira, Tokwan & Badree kat Amarin Heavenly Thai Seafood Restaurant, Mid Valley pada 13/9/09 (Ahad) hari tue.....best!!!

OKlah..tu jer lah kot...nanti akan ku update lagi....

DI KESEMPATAN INI AKU NAK WISH SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI....SEMOGA BERGUMBIRA DI HARI RAYA!!!!

penyakit malass dah datangg.....aku dalam bluesss...

Friday, August 14, 2009

Hari Jumaat, 1:48 pagi (waktu Mesia: 6:48 pagi)


Assalammualaikum....


haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......dah lamerrrr gilerrrrrrrrrrr tak update blog aku nie.....cam tajuk aku tue.......kemalasan nak update blog datang menyerang!!!!.....hahahha.....

Dalam beberapa bulan nie....ader jugaklah beberapa event yng berlaku kat sini.....so aku akan kumpulkan sekali kat post aku nie.....n besday aku pada 22 Julai ari tue.....tambahlah lagi satu umor aku nie haa.....but i think im not that old.....hahahha.....perasan!!!!...so....aku tepekkan gambar2 yang berlaku kat sini k...

*** time nie ader pertandingan mewarna sempena Hari Keputeraan DYP Agong...my son amir beriya nak masuk brtanding wlpn tak layak lagi...janji nak kaler jugak katanyer...but its good for him though....hehehhe.....


*** and our guest for that event was Datuk Sheikh Muszaphar Shukor...our angkasawan...hensem gak dier nie dari dekat....hehehehehe...on that day dier story ttg pengalaman dier masa kat angkasa leps tue...n later that night ader dinner kat Consulate....


*** Nie event a week after rasenyer...we'll Ladies Perwakilan (wives diplomate) buat farewell dinner kat Puan Salmi....cos dier ngan husband (Consul Pendidikan) dh habis dah posting kat Jeddah nie n going back to Malaysia......bestnyerr dapat balik Malaysia....well my turn lambat lagi....lagi 2 thn beb!...dinner nie kat Asia Restaurant (famous restaurant kat area Jeddah nie)....



*** well...nie lah happy faces wives diplomate kat Jeddah nie.....semua ader kerjaya masing2...but kena dtg sini cos ikut husband bertugas.....nak buek camno.....kenalah ikut walaupun jauh....actually masing2 muka rindu nak balik Malaysia tue....hehhehehe.....including me.....hahhaa....

*** PM (Najib) n wife dia (makcik Rosmah)....selamba jer aku panggil cmtue....heheheh...ader dtg buat official visit kat sini....sambil buat umrah ngan jumpa rakyat Malaysia kat sini....tapi sori takder gambar cos tak bawak kamera.....heheheh....

*** aku baru beli baju nfc....tak pernah2 join maner2 fc sblm nie....tetiba lak leh tersesat kat Nubhan FC...siap beli baju lagi nie....hahahha....aku ingat aku nak pakai time rayer nanti lah...hahahha....


*** ooh yer....kenal ngan kikey (ajk nfc)...sape2 yang nubies tue gerenti kenal....eventhough just sms ngan sembang kat forum.... best sembang ngan dier....hopefully dpat jumper dier n the geng nanti biler balik raya nie.....

***thanks to kikey....petang on 26th july ari tue...dpat cakap kat phone ngan nubhan....yipee...hepi gilerrr....selama nie dok tgk kat utube jer show dier....nie dpat dgr suara lagi...oklah tu kan bagi aku yang nun jauh nie...balik raya nie nak jumpa dia n orang2 kuat nfc tue...insyaAllah....

so....aper lagi erk....rasernyer tu jerlah kot....sambil dok kire hari aku nak balik raya kat Malaysia tahun nie....hepi ader....risau pun ader gak....yerlah dengar kat Malaysia makin ramai kena H1N1 nie....tapi tawaqal jerlah....kuasa Allah....harap2 segalanya selamatt... oklah nanti aku update lagi jika penyakit kemalasan aku tue tak dtg menyerang....hahhahaha....

Selamat Hari Bapa Buat Abah...

Tuesday, June 16, 2009



Buat Abah tersayang....

Awesome

ZAINI BIN JEMAIN

"terima kasih abah untuk segala-galanya...."


Aku HoMeSICK...

Sunday, May 17, 2009





Hari Ahad, pukul 11:49 mlm (waktu Malaysia: 5:49 pagi)

Hai semua...dah agak lama tak tulis blog...actually nothing interesting nak citer pun dalam this week...n my routine pun cam biasa jugak....tugas seorng housewife....heheheh...cam boring jer dengar kan....but aku puas....so bila malam...anak2 pun tidor...time aku pulak bukak internet....kena ambik tau jugak perkembangan semasa kan...kalau tak...nanti aku ketinggalan beb....kena jadi housewife with knowledge jugakkan....

actually...this few weeks aku cam down sikit....rinduuu gilerrr sebenarnya....atau kata omputeh...."homesick"....aku rindu nak balik kampung....maybe aku masih baru kat Arab nie kot...baru nak masuk 6 bulan......so ingatan kat kampung masih kuat lagi....lagi 2 1/2 tahun lagi kat sini....lambatttnyerrrr masa berjalan....

aku ni cam orang kampung...suka pegi kenduri-kendara...suka lepak ngan adik-beradik, makcik pakcik(teringat pakcik aku buat BBQ).....masa tu best sangatt!!.....pergi makan ramai2...pergi kedai mamak.....aku rindu mak aku masak....bau masakan dia pun kadang2 aku dok teringat lagi.....rindu nak pergi pasar malam....wahhhhh!!!!banyakknyer yang aku rinduuuuuuuuuu!!!!...

aku rasa kalau nak tunggu ujung tahun nie baru balik rasanya tak tertahan lagi nie...aku nak balik jugak time raya pose tahun nie nanti....kalau tak balik rayo nie...rasa cam menggigil satu badan bila dengar lagu raya....dengar pulak takbir kat tv (tv1 n tv2 dapt tgk (pakai satelit)) lagilah aku meraung....(harap2 bos hubby bagi cuti balik...Amin...)

oklah...lega sikit rasanya dapat luahkan isi hati aku kat dalam blog aku yang tak seberapa nie...nanti aku tulis lagi....bye...




SELAMAT HARI IBU..

Saturday, May 9, 2009
















Hari Sabtu, Pukul 4:35 petang (Waktu Malaysia: 9:35 malam)


Assalammualaikum...


Dah lama tak tulis blog...maklumlah sibuk ngan 3 hero kesayangan aku....tetiba teringat kat Mak yang ada jauh kat Mesia tue...tgh wat apalah tue...dikesempatan ini aku nak wish "Selamat Hari Ibu" buat Mak (HASHIMAH BINTI HASHIM) ngan Mama tersayang (MAIMUNAH BINTI OTHMAN)...baru tadi telepon wish Hari Ibu kat Mak ngan Mama.....rindunyerrr!!!!


"KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA".....besar maknanya tue...tambah lagi aku kat tempat orang nie yang berada nun jauh nie...terasa besar sangat makna Hari Ibu nie....kalau dulu sentiasa nampak Mak depan mata...ada jer masalah mesti cari Mak...Mak pun layanlah karenah anak-anak dia yang macam2 nie.....TERIMA KASIH MAK...tapi bila dah ada keluarga sendiri dan berada jauh ditempat orang.....rindu pada Mak hanya Tuhan saja yang tahu....bila aku sendiri dah menjadi ibu....baru aku tahu bagaimana susahnya tanggungjawab menjadi seorang ibu....harap2 aku mampu jadi kuat dan setabah Mak ngan Mama.....tapi aku puas kerana anak2 membesar depan mata....bagaimana Mak aku mendidik aku sehingga menjadi seperti sekarang nie...begitulah akan aku didik ank2 aku nanti.....insyaAllah....


Dalam keluarga hanya aku anak perempuan...adik2ku semuanya lelaki...bila aku dah jauh nie...tinggallah Mak aku sorang...geng dah takder....kesian mak!!...takper...nanti bila aku balik cuti nanti aku nak bawak Mak aku pergi makan2...jalan2.....nak shopping puas2 macam dulu...


Buat Mama....aku bersyukur mempunyai mother-in-law yang baik...sporting lagi...kira memang boleh ngam...rock lagi mama aku tue...hehhehee...sori Ma...gurau jer....THANK YOU SO MUCH FOR EVERYTHING...tak tau macammana nak balas budi baik Mama selama nie...nanti bila balik Taiping...lina belanja makan kat Panaroma yer...hehehhe...


Hubby tak balik dari office lagi....lewat sikit katanya sbb nak standby tunggu visit dari ex-PM kita..Pak Lah ngan wife...Dato' Siti ngan Dato' K pun ada sekali....diarang datang buat umrah ngan ada forum kat sini....

oklah..see ya in the next post...


"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA"

Sayap Illusi...hubby outstation...

Tuesday, April 28, 2009


Selasa, 11.35 malam (waktu Malaysia: 4:36 pagi)...

hai...waktu nie org kat Malaysia tgh nyenyak tidor....kat sini baru nak tgh malam....waktu nie aku tak ngantok lagi...so ingat nak tulis lah sikit....malam nie hanya aku tidor ngan 2 orang hero kesayangan aku.....hubby pulak takder....dia kena pgi Mekah... YDP Agong buat umrah kat sini...3 hari lah kitarang ditinggalkan....huhuhuhu!!!!!...nak buat camno.....kalau VIP atau Minister dari Malaysia dtg sini...sibuklah jugak orang2 Konsulat...

Sblum ke Arab nie....aku ngan hubby pernah posting kat Havana, Cuba (tempat Fidel Castro) selama 3 tahun...masa tu belum ada anak lagi...so..kalau ada visit ke Havana....hubby kena kerja kat luar....tinggallah aku sorang2 kat rumah.....lagi bosann....takut pun ada.....dahlah kat tempat orang...kalau kat Mesia....dah confirm dah aku balik rumah mak aku...kat Sg. Buloh jer...nie nak pergi mana???...kenalah dok tunggu kat rumah sampai hubby balik....tapi bila kat Arab nie...dah ada anak-anak...taklah takut sangat.....cuma sunyi...


Hero-hero aku pun tgh nyenyak tidor...legaa rasa....kesiann...kecik2 dah kena ikut mak abah kerja jauh2....tak dapt nak tngok tok ngan tok wan selalu....kadang2 tue..bila tunjuk gambar tok kat si amet tue...mesti dia akan citer balik apa yang dia selalu buat ngan tok dia...rindulah tue....takpelah...aku kena bawak si Amet ngan si Moet tu balik Mesia ujung tahun nie....kalau tak balik jugak cuti ujung tahun nie bukan jer si Amet tu yang nangis....mama dia pun leh nangis...huhuhu!!!!....
oklah...aku pun dah tau nak tulis apa lagi...ingat jap lagi nak call hubby....tgh wat apa ntah tue...see ya in the next post....

"NIE KALO KAT MESIA NIE....TGH MALAM TAKLEH TIDOR....PEGI KEDAI MAMAK PEKENA ROTI CANAI NGAN TEH TARIK....PERGGHHH...SEDAPPPP...rindunyerrrr..."





Rindunyerrr kat Malaysia..

Thursday, April 23, 2009

Assalammualaikum..hai.. (Pukul 1.50 petang: waktu di Jeddah, Arab)


hari nie hari ke-4 aku buat blogging...masih terkial-kial lagi...apapun usaha harus diteruskan...

hari nie hubby cuti...dekat sini hari cuti adalah hari Khamis & Jumaat...relax sikit bila hubby cuti...boleh tolong kemas rumah...heheheh..:):)..tapi my hubby memang rajin...kadang2 tolong mandikan si amet tue..cayangggg..


hari nie takder projek nak buat...just lepak2 kat rumah jer kot...maybe just tgk movie yang hubby download dari youtube....dapatlah jugak tgk drama kat TV3 and Astro...Konsert AF7 pun leh tgk..tapi lewat sikitlah.....

Alhamdullillah...bila duduk kat sini dapatlah merasa buat umrah ngan pergi ke Madinah....kalau dari Jeddah ke Mekah, drive dalam 1 jam dan dari Jeddah ke Madinah dalam 4 jam....perasaan tak tau nak cakap camner..macam2 rasa ada...syukurr..kalau ada rezeki teringin jugak nak ajak mak, abah and mama (my mother-in-law) datang sini sementara kitarang semua ada nie...insyaAllah...

bila cakap pasal family nie...rindunyerrr rasa kat malaysia tue...kalau nak balik pun maybe end of this year..balik cuti..tapi lambat lagi...aaahhhhh!!!!!....malam tadi register kat Nubhanfc (nubies)...minat kat Nubhan lah pulak...hehehhehe....yang penting sore dia sedap didengar...leh layan gitu..

oklah...see ya in the next post..

alamakk..tak larat nak bangun pagi...kecian hubby:(

Tuesday, April 21, 2009

Pagi 21 April 2009...pukul 10.30 pagi...

aku kat tanah arab lagi..kot lah terjaga kat Mesia dah ker...:)hehehehe...pagi nie terbangun lambat...hubby pergi kerja...tak dapat buatkan bekfast...sori..sori..sori...subuh tadi 2 kali jaga menyusukan si kecik moet (muiz)...tu yang susah nak bukak mata pagi nie...kesian hubby aku...tapi takper..hubby mintak buatkan ayam masak sambal tengahari nanti..dia nak balik makan lunch kat rumah...so...kena buatkan...sekarang nie si kecik tu dah tidor...tinggal abang dia si amet (amir)(...dua-dua nama tu abah dia yang panggil...lekatlah amet dan moet..hehehee:):):) nak kena buatkan makan pulak...

tulah rutin aku kat sini...kat arab nie...jadi fullhousewife...dulu biasa kerja...skg nie cuti tanpa gaji....penat gak rupanya....aku tabik spring kat mak-mak kiter yang ada anak ramai tue....camnerlah diarang handle yek?...anak-anak lagi..husband lagi...kerja lagi....ibu mithali tue...aku nie yang baru ada 3 hero (2 ank + 1 hubby) pun kadang2 semput gakk...tapi sekarang nie dah jadi rutin..oklah sikit.....


oklah...stop dulu kat sini...nak gi masak jap....see yah..





Aku di Tanah Arab....

Monday, April 20, 2009


Masa nie kat KLIA....mak, abah ngan angah antar kitarang..sedih..sedihh..:(:(

Assalammualaikum... hai semua...

actually, this is my 1st try nak cuba-cuba dunia blog nie...terkial-kial juga nak membuatnya....berjam-jam jugaklah dok mengadap depan laptop nie...walaupun hasilnyer cam gred tadika..aku rasalah..:) hehehe...apapun aku akan berjuang untuk buat the best for this blog...caiyok!caiyok!!!


oh yer...objektif utama buat blog nie sebenarnya me and my family sekarang nie berada di negara Arab..kat Jeddah, Arab Saudi...sebb ikut my hubby kerja kat Pejabat Konsulat..so kalau nak chatting ari2 ngan family agak payah jugak...nak tepon selalu....bil tepon tak tahan nak bayar...mahalll...

dengan cara nielah rasa cam dekat sangat ngan family and frenz kat Malaysia tue...at least dapat jugak bercerita ngan diarang semua camner kitarang kat sini...
rinddduuuuuunyerrr nak balik Malaysia!!!!
Mak! Abah! kitarang rinduuu....:(


so...aku akan update pelan2 ttg kabar kitarang n will share photo menarik untuk tatapn semua...:)

PROUD Being Malaysian!!!!