Pancaindera @ Utusan

Sunday, November 22, 2009

DI RUANGAN 'ARTIS JAWAB' PANCAINDERA
(AHAD, 22/11/2009)

Credit to Waniey

Nubhan kasihan wanita

Assalamualaikum.
Saya salah seorang peminat Nubhan. Saya ada beberapa soalan untuk anda.
1. Apa perancangan dalam bidang nyanyian mahupun lakonan?
2. Ada sesetengah kawan saya mengatakan Nubhan dulu jejaka lembut. Saya tak percaya tapi nak dapatkan pengesahan daripada Nubhan sendiri.

* Biarlah Rahsia, Selangor.


NUBHAN

1. Nubhan masih lagi terlibat dalam beberapa persembahan pentas selain masih lagi menunggu album sulung yang akan menemui peminat tidak lama lagi.


2. Hahaha... Masa bila pula kegiatan tersebut berlaku. Tak pernah pun Nubhan terlibat dalam perkara tersebut. Kasihan pada wanita memandangkan lelaki sudah semakin kurang. Hahaha.


Album baru bulan hadapan


Assalamualaikum. Saya mula mengikuti kerjaya seni Nubhan sejak menonton Akademi Fantasia.

1. Bagaimana cara untuk peminat berhubung dengan Nubhan secara lebih dekat?
2. Bilakah album pertama Nubhan akan dipasarkan?
3. Antara lagu-lagu nyanyian Nubhan, mana satukah yang paling Nubhan sukai?

* Amnani Farhanah,
Shah Alam, Selango

NUBHAN

1. Kalau nak mengetahui mengenai Nubhan dengan lebih dekat awak boleh layari di www.nubhanfc.forumotion.com, nubhan-cayalah.blogspot.com, Facebook-nubh07@yahoo.com, YM-nubhabc@yahoo.com.my.


2. Jika mengikut perancangan dalam bulan Disember ini sudah berada di pasaran. Jadi kepada peminat harap dapatkan yang original ya.
3. Banyak sebenarnya. Antara lagu yang paling Nubhan suka termasuklah Ada Untukmu dan single yang terdapat dalam album terbaru nanti iaitu Aku Atau Dia.

Punyai ramai kawan baik

Assalamualaikum Nubhan.

Saya amat meminati Nubhan dan di sini saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada Nubhan.

1. Selain menyanyi, Nubhan juga telah menunjukkan bakat Nubhan dalam berlakon drama dan iklan. Jadi, apakah pandangan Nubhan mengenai lakonan Nubhan setakat ini?

2. Siapakah kawan baik Nubhan sekarang?
3. Ringkaskan karakter Nubhan dalam satu perkataan.

* Nurul Natasha, Selangor.


NUBHAN


1. Secara jujurnya Nubhan lebih meminati bidang nyanyian. Lakonan itu kalau ada masa terluang dan Nubhan sendiri sedar bahawa lakonan Nubhan masih perlu banyak diperbaiki. Baru-baru ini juga Nubhan dapat tawaran berlakon dan akan menjalani penggambaran pada awal tahun 2010 nanti. Nantikan ya.


2. Nubhan memang mempunyai ramai kawan baik antaranya Faizal AF6, Toi dan ramai lagi.


3. Sempoi!


Selit sebuah lagu Cina

Hai Nubhan, apa khabar? Harap sihat sentiasa dan dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.

1. Tidak minat berlakon dalam mana- mana filem? Ada dapat tawaran mana- mana?
2. Apa rahsia Nubhan menghayati sesebuah lagu dengan penuh perasaan?
3. Pernah terfikir untuk berduet dengan artis Cina di Malaysia untuk sesebuah lagu, inikan dapat merealisasikan konsep 1Malaysia dalam industri muzik negara.

* Haruto, Rawang, Selangor.

NUBHAN

1. Nubhan ada berlakon dalam filem romantik yang akan ditayangkan pada 2010 nanti dan Januari nanti Nubhan akan mula berlakon dalam satu telefilem. Jangan lupa tonton ya.


2. Sebenarnya untuk menghayati lagu bukanlah satu perkara yang mudah. Kena faham lirik dan meletakkan diri dalam situasi tersebut. Itu pasti akan membuatkan Nubhan lebih menghayati setiap baris lirik.

3. Dalam album baru nanti Nubhan ada menyanyikan sebuah lagu Cina. Untuk berduet dengan penyanyi Cina tu mungkin belum masanya kot. Tapi kalau ada yang sudi apa salahnya.


Buat seikhlas hati

Assalamualaikum Nubhan. Saya merupakan peminat setia anda sejak dahulu lagi dan berharap anda sudi menjawab soalan saya.


1. Adakah anda membuat pilihan yang tepat dengan menjadi seorang penyanyi?
2. Apakah yang perlu anda lakukan selain menghiburkan peminat anda supaya mereka dapat menjadikan anda idola atau ikon mereka?

3. Jika anda telah bertemu dengan wanita pilihan yang mempunyai ciri-ciri kesukaan anda, tanpa si dia mengetahuinya, gambarkan kelakuan atau sikap anda bila berdepan dengannya?

* Azlina Zaini (Lina)
Jeddah, Arab Saudi

NUBHAN

1. Menjadi penyanyi memang minat saya sejak kecil. Kalau kita buat sesuatu perkara atas dasar minat, Nubhan rasa itu merupakan perkara yang yang paling tepat dan lagi penting jika ditambah dengan keikhlasan hati kita. Capai apa sahaja yang anda impikan.


2. Apa perkara yang kita lakukan perlulah disertakan dengan hati yang ikhlas. Selain itu menjaga penampilan dan imej yang baik juga amat penting dalam membina karier supaya menjadi ikutan.


3. Susah nak jawab soalan anda ni. Hahaha. Paling penting tunjuk gaya gentleman, sering bertanya khabar dan kelakar.


Stacy hanya kawan biasa

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Nubhan kerana tersenarai dalam Top 5 di Semifinal Muzik Muzik.

1. Benarkah hubungan Nubhan dan Stacy sudah renggang seperti yang diperkatakan?
2. Apakah pengalaman pahit dan manis Nubhan sepanjang bergelar anak seni?

* Akira,
Seremban, Negeri Sembilan.

NUBHAN

1. Nubhan dan Stacy hanya kawan dan tak lebih daripada itu. Jadi tak ada makna hubungan kami renggang memandangkan kami hanya kawan biasa sahaja.


2. Banyak pengalaman yang Nubhan kutip sepanjang perjalanan ini. Ada kalanya Nubhan rasa seperti mahu berhenti daripada menyanyi. Tapi yang manis apabila Nubhan dapat membantu keluarga.


Cari wanita penyayang

Hai Nubhan saya amat meminati Nubhan dari Akademi Fantasia lagi. Sebagai peminat saya sentiasa
mengharapkan yang terbaik untuk Nubhan.

1. Apakah ciri-ciri wanita idaman Nubhan?
2. Nubhan tak teringinkah menceburi bidang lain seperti mengacara?

* NURNADIAH, Batu Pahat, Johor.

NUBHAN

1. Nubhan suka wanita yang penyayang, manja, pandai memasak dan hormat orang tua.

2. Kalau boleh semua bidang Nubhan nak sertai. Tapi biarlah Nubhan memberikan tumpuan yang lebih kepada bidang nyanyian barulah Nubhan memikirkan bidang yang lain.


Nilai Sebuah Persahabatan...

Saturday, November 21, 2009



NILAI SEBUAH PERSAHABATAN
....mmmm????......aku sendiri pun tak tau...apakah nilai sebuah persahabatan?....bila sahabat kita berduit...baru kita pun muncul ker.....tapi bila sahabat kita tak berduit...dia susah...kita pun hilang.....atau cukupkah dengan hanya dia tunjuk pada kita yang dia caring...kita akan kekal bersahabat dengan dia....ntah???......tapi aku pasti semua orang memerlukan sahabat...tapi sahabat yang macammana?...kadang-kadang sahabat kita dah buat yang terbaik untuk kita...dia ambil berat...dia ingat tarikh besday kita....pergi mana2 dia ingat pada kita.... belikan hadiah....dia wish something nice bila kita feeling down....dia happy bila kita bagitau berita gembira...dia mengadu pada kita bila dia juga ada masalah....tapi ada ker masa kita untuk
dia??...

PEDULIKAH KITA.... kalau dia kata dia tak harapkan balasan???....walaupun sebenarnya dia cuma harapkan kita sms atau call n just say.."apa khabar?"...a simple word tapi memberi pelbagai makna....atau bila kita berjanji nak jumpa dengan dia.....tapi janji hanya tinggal janji....dan dia tunggu panggilan dari kita semalaman...tapi sehingga hari esoknya pun kita tak call2 bagitau.. "sorry, tak dapat datang sbb...."...berat sangatkah perkataan "sorry" tu...???...tak terfikirkah kita bagaimana perasaan dia???...

mungkin dia tak pernah nak berkira dengan kita...baik dari segi kewangan, masa, atau apa2 saja.....kerana dia juga terkenangkan budi baik kita dan dia pegang budi baik itu demi sebuah persahabatan....tapi kenapa kita pula yang berkira dengan dia???....kenapa kita buat dia terasa seperti tak diperlukan??....masih ada kekurangan lagikah pada dia yang menyebabkan kita buat begitu...kenapa???....kerana kita rasa yang kita lagi sempurna berbanding dia???....

Bagi aku...aku pernah ada bestfriend....yang aku panggil sahabat...tapi sekarang tidak lagi....aku hanya ada kawan2....kawan2 yang tidaklah terlalu rapat dengan aku...biasa saja...yang tidak tahu latar belakang aku....yang tidak mengenali keluarga ku....yang tidak tahu kisah aku....tapi merekalah yang masih berhubung dengan aku.....aku happy dengan persahabatan yang begitu....kerana mungkin aku masih serik dengan istilah "Sahabat"...

aku duduk jauh di tempat orang...jauh dari kawan2...jauh dari keluarga...buatkan aku lebih menghargai apa saja yang berada disekeliling aku....aku selalu cakap pada diri aku....tak rugi jika hanya kita mengingati kawan2 kita.....walaupun belum tentu mereka akan ingat pada kita....tapi setidak-tidaknya.....mereka yang kita panggil kawan2lah yang akan sedekahkan Al-fatihah atau bacakan surah Yassin bila kita dah tiada di dunia nie nanti....insyaAllah....

Renungkanlah....kepada kawan2 yang mengenali diri ku...aku juga punya kelemahan...dan aku pohon sepuluh jari kemaafan dengan setiap kelemahan itu...

minat tengok jerr...:)

Thursday, November 19, 2009




Theatrical Release: Nov 20, 2009, wide
pic from http://images.rottentomatoes.com/


haiii...alllzzzzzz....

Just nak share minat aku selain dari NUBHAN tue...lagu sedap, attitude pun bagus...hormat orang tua..salam cium tangan tue...baik orangnyer...promote lagik nieh...kiter kenalah support our local artist kan....hehehe!!!...isshhh..back to the topic.. actually ader benda yang aku minat jugak...must be wondering aper hal larr plak aku buh gambar mamat
mat saleh nie kan... his name is ROB PATTINSON...aku minat giler tgk dier berlakon...lebih2 lagi tang mata dier tuh...menusuk ke kalbuku...cehhh!!!..hehehehe....kalo saper tgk movie TWILIGHT, taulah mamat nie...n sbb aku tgk banyak kali citer twilight nie sbb ader mamat nie lahh...luper lak..1st time masa dia berlakon dalam
HARRY POTTER...hehehee...boleyy???...cant wait to see his act in TWILIGHT SAGA: NEW MOON (2009)..tapi tgk DVD jer larrr...kat Arab nie cinema pon takder....komann...hehehehe... my hubby???...dia tak kisah...dia pun tau..takkan dapek punyerrr...hahahaha..no lahh...his sporting..




n the 2nd thing yang aku paling minat...jeng...jeng..jeng...



nie haaa...HONDA CRV 2WD-LX...aku minat gilerrr ngan keta nieh...maybe bagi orang lain keta tu tak seberapa...org lain maybe mampu tapi aku lum boleh lagik..tapi berangan-angan tak salah kan?... biler larr leh dapek bawakk...kalo setakat test drive tu aku tak nak...hahahah!!!...nak beli ngan duit yang aku kumpul....baru puasss....ghasonyer aku dekat nak pencen kot baru dapat....hahhaha!!!tapi mana tau kan...insyaAllah...kalau ada rezeki tue nanti...adalah....Amin...orang kata berangan dulu baru tercapai impian...heheheh!!!...

oklarr...aku pon dah tak tau nak cakap per dah...tgh boring sebenarnya...so aku post jerlah apa2 jer.....wlpn isinyer ntah apa2....hahahaha!!!...yang ponting aku jujur & ikhlas mengatakannya dari fikiran & isi hati aku nieh.....lagipun blog nie aku yang punyer kan!!...
ok larrr...see ya'll in the next post..

My son...amir...his 1st day to school...

Sunday, November 15, 2009


haiiii...


Nak citer about my son, amir, coming 23rd nov 09 nie will be 4 years old dah start sekolah....actually my son dah 2 weeks dah pegi sek...tapi aku lambek sikit nak story kat sini...skg baru rajin...hahahah...n nama sekolah tu Jeddah International City School....awal pagi tu berkobar-kobar bangun pagi bersiap nak pegi s
eekolah...aku pon tak jaga lagi dari tidur, dia dah bangun kejutkan aku...hehehe...pastu bergambar jap...sempat lagik tue...n yang lawaknyer abah dia pulak cam sedey ala2 terharu tgk anak dia pakai baju sekolah....apalah hubby aku nie...org seronok tgk dia sedey plak....tapi aku paham...yerlah anak sulung dia yang dari kecik dok manja2 tu dah besar dah....jiwang hubby aku nieh!...

nak story sikit...kat sini budak2 digalakkan sek awal....seawal 3/4 tahun....kalau kat Malaysia dalam umur 5 tahun camtu kot rasanya....kalau tak silap lah...but bagus jugak untuk dia....bagi dia pendedahan awal sikit....hehehee....bila tgk dia pakai baju sekolah on his first day.....terdetik dalam hati...dah besar dah anak aku rupanyer.....hehhehe...so tinggallah si Muiz tu ngan aku....takder member nak bergusti....cian....n startlah my new routine....prepare dia nak ke sekolah n jadik cikgu kat umah....ajar anak aku buat kerja sekolah...hahahhaha!!!...garang aku nieh...leh ker jadik cikgu????...hehehehe...

oklah...nanti aku story lagik...


GOOD LUCK NUBHAN!!

Saturday, November 14, 2009

Haiii...just a short post...

wanna wish GOOD LUCK & ALL THE BEST to NUBHAN for Separuh Akhir Muzik-Muzik 24 with the song:

SEADANYA AKU
Composer: Sharon Paul
Lyrics: Azalea

***sedey...tak dapek poie....tgk kat utube or tv3 jer larr....


Temasya ghaya nubhan & nubies...

Friday, November 13, 2009

Hari Jumaat, 13 Nov 2009, 4:35 petang (Waktu Malaysia: 9:35 mlm)


Haiii aalllllzzzzzzzzzzzz....
fuhhh...banyak gilerr nak story....nie semua gara2 aku yang malas nak update blog aku nieh...so, aku himpun segala citer yang nak diceritakan...hahahaha....boley??? Dah abis sebulan cuti aku di Malaysia...so ketika ini aku dah berada kat Jeddah, Arab Saudi....urrmmm.....jalani rutin cam biasa balik....but apapun...aku totap balik ghayo tahun dopan...hahhaha....hubby dah janji....tapi tulah nak tunggu lagi 1 tahun...adoiyaii...lamonyo ghaso...nak buek camno....chaiyok!chaiyok!...


short story....ghaya ari tue banyak tompek jugak yang aku ngan family pergi...nie list2 tompek yang aku poie sepanjang sebulan aku cuti ari tue....kalo dok kat Malaysia dulu lum tentu lagi aku poie....hahahhaha!!!!

1. beraya kat rumah maklong aku kat Kedah
2. Makan pasembor kat Padang Kota, Penang
3. makan chicken chop kat Lumut, Perak
4. poie zoo taiping
5. poie bawak anak2 aku tgk ikan kat Aquaria Suria KLCC
6. poie makan kat Menara Kuala Lumpur
7. poie uptown Danau Kota
8. shopping n shopping....haaa...wajib!

seingat aku tu jerlah kot....dlm sebulan lebih tue aku turun naik dari utara-selatan....syok2 ambik pic banyak2.....lastttttttttt.....anak aku si amir tue boleh pegi delete semua gambar2 tu....tak sompek nak save.....hanggginnnnn!!!!!...

and pada 12hb Okt 2009...a day before aku balik Jeddah...sempat gak aku poie gathering ghaya Nubhan & Nubies kat Taman Pertanian Cahaya...atau singkatannya Bukit Cerakah kat Shah Alam....and tema pada tahun nie ala-ala suasana kampung....kena pakai baju kurung kedah ngan kain batik....best!!!!.....kat situ dapat kenal ramai nubies2 yang aku tak pernah kenal sebelum nie....semuanya ramah2....


pemandangan dari dapur...

ajk nfc
harney, tira, e'zham, ehsan & kikey


me & kikey

me & nubhan

got a few more pic lagik but in my fb...hehhehe...and esoknyer...my flight to jeddah kul 3 petang....so, puas jugaklah cuti sebulan kat Malaysia nie...dapat kenal kawan2 baru n spend my time with my sanak sedara semua....

oklah...cukup setakat nie...nanti aku citer lagi....

*** mmg ketinggalan keretapi tullah aku nieh....orang lain semua dah ada fb...aku baru nak ader...tu pun lepas disuruh oleh member2 nfc aku....so...meraba jugaklah nak buat...at last jadik....hehehhe...

***tarikh hari nie..13/11/2009...member2 aku kat nfc ngan nubies2 poie ramai2 kat Sri Pentas, TV3...support Nubhan kat semifinal Muzik-Muzik....uhukuhuk...aku tak dapek poie...support dari jauh jer lah....



SELAMAT HARI RAYA

Friday, September 18, 2009

Hari Sabtu, 19/9/2009 Waktu Malaysia 2:48 pagi (Waktu Jeddah: 9:48 mlm)

Yippppeeeeeee!!!!...Sebenarnyer aku dah berada di Malaysia sekarang nie....kalau tak aku akan balik pada 16/9/2009...tetapi Alhamdullillah pada 4/9/2009, aku dapat menjejakkan kaki ku kat Malaysia bertuah nie pada tarikh tersebut...cuma yang sadnyer...hanya aku ngan 2 orang hero kesayangan aku jer yang dapat balik...hubby kena stay kat sana...lepas raya ke-5 baru dier balik Malaysia...semuanyer gara-gara delegasi Agong nak ke sana...so kenalah tangguh sbb tugas...
***tarikh & hari aku sampai di Malaysia..


and pada hari ini...19/9/2009 (Sabtu) adalah hari lahir ke-1 tahun my lovely son..Muhammad Muizzuddin B. Mohd Azzaiyadi....tarikh tu jugak aku, my 2 boys n my mother akan balik ke kampung kat Kedah untuk sambut raya tahun nie...kirenyer celebrate dalam perjalanan larr tue...maybe kat kampung leh lah beli kek sambut besday si Muiz tue...hehehe...n abah dia ader antar sms to Muiz....suh aku bacakan kat Muiz...so sweeett....itupun kalau si Muiz tu leh paham...hehehe...

***nie sms abah antar special untuk Muiz...

"Abah ucapkan selamat hari jadi pertama pada moet yang abah sayang. Semoga moet besar jadi orang yang baik-baik. Abah luv mama, abang amet dan moet.."


***konon...masa kt Jeddah tu dok buat list apa nak makan...tapi biler dah sampai Malaysia satu pun takder yang aku nak sangattt....ttp carik sambal belacan, ikan sembilang masak sambal..sedappp!!!

***dah pergi bazaar ramadhan...sukerr!!!

***dah pergi uptown Danau Kota....tapi adoiyaiiii...cam sardin....susah gilerrr nak jalan...last2 tak beli apapun...tapau roti canai....kenyanggg!!!..wakaka!!!

***berbuka puasa ngan AJK Nubhan FC....dapat jumper YB, Kikey, Edna, Tira, Tokwan & Badree kat Amarin Heavenly Thai Seafood Restaurant, Mid Valley pada 13/9/09 (Ahad) hari tue.....best!!!

OKlah..tu jer lah kot...nanti akan ku update lagi....

DI KESEMPATAN INI AKU NAK WISH SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI....SEMOGA BERGUMBIRA DI HARI RAYA!!!!