Pancaindera @ Utusan

Sunday, November 22, 2009

DI RUANGAN 'ARTIS JAWAB' PANCAINDERA
(AHAD, 22/11/2009)

Credit to Waniey

Nubhan kasihan wanita

Assalamualaikum.
Saya salah seorang peminat Nubhan. Saya ada beberapa soalan untuk anda.
1. Apa perancangan dalam bidang nyanyian mahupun lakonan?
2. Ada sesetengah kawan saya mengatakan Nubhan dulu jejaka lembut. Saya tak percaya tapi nak dapatkan pengesahan daripada Nubhan sendiri.

* Biarlah Rahsia, Selangor.


NUBHAN

1. Nubhan masih lagi terlibat dalam beberapa persembahan pentas selain masih lagi menunggu album sulung yang akan menemui peminat tidak lama lagi.


2. Hahaha... Masa bila pula kegiatan tersebut berlaku. Tak pernah pun Nubhan terlibat dalam perkara tersebut. Kasihan pada wanita memandangkan lelaki sudah semakin kurang. Hahaha.


Album baru bulan hadapan


Assalamualaikum. Saya mula mengikuti kerjaya seni Nubhan sejak menonton Akademi Fantasia.

1. Bagaimana cara untuk peminat berhubung dengan Nubhan secara lebih dekat?
2. Bilakah album pertama Nubhan akan dipasarkan?
3. Antara lagu-lagu nyanyian Nubhan, mana satukah yang paling Nubhan sukai?

* Amnani Farhanah,
Shah Alam, Selango

NUBHAN

1. Kalau nak mengetahui mengenai Nubhan dengan lebih dekat awak boleh layari di www.nubhanfc.forumotion.com, nubhan-cayalah.blogspot.com, Facebook-nubh07@yahoo.com, YM-nubhabc@yahoo.com.my.


2. Jika mengikut perancangan dalam bulan Disember ini sudah berada di pasaran. Jadi kepada peminat harap dapatkan yang original ya.
3. Banyak sebenarnya. Antara lagu yang paling Nubhan suka termasuklah Ada Untukmu dan single yang terdapat dalam album terbaru nanti iaitu Aku Atau Dia.

Punyai ramai kawan baik

Assalamualaikum Nubhan.

Saya amat meminati Nubhan dan di sini saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada Nubhan.

1. Selain menyanyi, Nubhan juga telah menunjukkan bakat Nubhan dalam berlakon drama dan iklan. Jadi, apakah pandangan Nubhan mengenai lakonan Nubhan setakat ini?

2. Siapakah kawan baik Nubhan sekarang?
3. Ringkaskan karakter Nubhan dalam satu perkataan.

* Nurul Natasha, Selangor.


NUBHAN


1. Secara jujurnya Nubhan lebih meminati bidang nyanyian. Lakonan itu kalau ada masa terluang dan Nubhan sendiri sedar bahawa lakonan Nubhan masih perlu banyak diperbaiki. Baru-baru ini juga Nubhan dapat tawaran berlakon dan akan menjalani penggambaran pada awal tahun 2010 nanti. Nantikan ya.


2. Nubhan memang mempunyai ramai kawan baik antaranya Faizal AF6, Toi dan ramai lagi.


3. Sempoi!


Selit sebuah lagu Cina

Hai Nubhan, apa khabar? Harap sihat sentiasa dan dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.

1. Tidak minat berlakon dalam mana- mana filem? Ada dapat tawaran mana- mana?
2. Apa rahsia Nubhan menghayati sesebuah lagu dengan penuh perasaan?
3. Pernah terfikir untuk berduet dengan artis Cina di Malaysia untuk sesebuah lagu, inikan dapat merealisasikan konsep 1Malaysia dalam industri muzik negara.

* Haruto, Rawang, Selangor.

NUBHAN

1. Nubhan ada berlakon dalam filem romantik yang akan ditayangkan pada 2010 nanti dan Januari nanti Nubhan akan mula berlakon dalam satu telefilem. Jangan lupa tonton ya.


2. Sebenarnya untuk menghayati lagu bukanlah satu perkara yang mudah. Kena faham lirik dan meletakkan diri dalam situasi tersebut. Itu pasti akan membuatkan Nubhan lebih menghayati setiap baris lirik.

3. Dalam album baru nanti Nubhan ada menyanyikan sebuah lagu Cina. Untuk berduet dengan penyanyi Cina tu mungkin belum masanya kot. Tapi kalau ada yang sudi apa salahnya.


Buat seikhlas hati

Assalamualaikum Nubhan. Saya merupakan peminat setia anda sejak dahulu lagi dan berharap anda sudi menjawab soalan saya.


1. Adakah anda membuat pilihan yang tepat dengan menjadi seorang penyanyi?
2. Apakah yang perlu anda lakukan selain menghiburkan peminat anda supaya mereka dapat menjadikan anda idola atau ikon mereka?

3. Jika anda telah bertemu dengan wanita pilihan yang mempunyai ciri-ciri kesukaan anda, tanpa si dia mengetahuinya, gambarkan kelakuan atau sikap anda bila berdepan dengannya?

* Azlina Zaini (Lina)
Jeddah, Arab Saudi

NUBHAN

1. Menjadi penyanyi memang minat saya sejak kecil. Kalau kita buat sesuatu perkara atas dasar minat, Nubhan rasa itu merupakan perkara yang yang paling tepat dan lagi penting jika ditambah dengan keikhlasan hati kita. Capai apa sahaja yang anda impikan.


2. Apa perkara yang kita lakukan perlulah disertakan dengan hati yang ikhlas. Selain itu menjaga penampilan dan imej yang baik juga amat penting dalam membina karier supaya menjadi ikutan.


3. Susah nak jawab soalan anda ni. Hahaha. Paling penting tunjuk gaya gentleman, sering bertanya khabar dan kelakar.


Stacy hanya kawan biasa

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Nubhan kerana tersenarai dalam Top 5 di Semifinal Muzik Muzik.

1. Benarkah hubungan Nubhan dan Stacy sudah renggang seperti yang diperkatakan?
2. Apakah pengalaman pahit dan manis Nubhan sepanjang bergelar anak seni?

* Akira,
Seremban, Negeri Sembilan.

NUBHAN

1. Nubhan dan Stacy hanya kawan dan tak lebih daripada itu. Jadi tak ada makna hubungan kami renggang memandangkan kami hanya kawan biasa sahaja.


2. Banyak pengalaman yang Nubhan kutip sepanjang perjalanan ini. Ada kalanya Nubhan rasa seperti mahu berhenti daripada menyanyi. Tapi yang manis apabila Nubhan dapat membantu keluarga.


Cari wanita penyayang

Hai Nubhan saya amat meminati Nubhan dari Akademi Fantasia lagi. Sebagai peminat saya sentiasa
mengharapkan yang terbaik untuk Nubhan.

1. Apakah ciri-ciri wanita idaman Nubhan?
2. Nubhan tak teringinkah menceburi bidang lain seperti mengacara?

* NURNADIAH, Batu Pahat, Johor.

NUBHAN

1. Nubhan suka wanita yang penyayang, manja, pandai memasak dan hormat orang tua.

2. Kalau boleh semua bidang Nubhan nak sertai. Tapi biarlah Nubhan memberikan tumpuan yang lebih kepada bidang nyanyian barulah Nubhan memikirkan bidang yang lain.


2 comments:

Harney said...

Yes!!! Sudah letak...Muahahaa...;) Cayalah!!!

lina said...

hahahha!!!!...harussslahhh...wlpn namo yo yang ado..gambor takdo...den tak kisahhh....janji kuar suratkhobar....hehhehe...